NORLIZA BINTI ABU OTHMAN
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT MEDAC menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan.
Menyediakan dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT MEDAC bagi tujuan audit keselamatan ICT.
Mengenalpasti bidang-bidang keselamatan ICT MEDAC yang perlu diberikan perhatian.
Memastikan tahap keselamatan ICT MEDAC adalah terjamin setiap masa.
Memastikan semua warga MEDAC memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.
Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di MEDAC.
Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat daripada ketidakpatuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di MEDAC.
Melaporkan kepada GCERT MEDAC mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di MEDAC.
Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di MEDAC bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.
Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber serta peranan dan tanggungjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di MEDAC.
Menyebarkan dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT MEDAC.
Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di MEDAC.
Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah halaman di portal ini.
Hakcipta Terpelihara © 2019 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Tarikh Kemaskini : 11/04/2021